FAQ

1. Adakah produk Baby Keme produk semulajadi?

Ya. Rangkaian produk penjagaan kulit Baby Keme diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi dan tanpa bahan kimia berbahaya.

 

2. Apakah kandungan yang terdapat dalam setiap set Baby Keme?

Didalam setiap set Baby Keme mempunyai 3 jenis produk iaitu TOP- to-TOE Relaxing Shower Gel (150mL), Calming Massage Oil (100mL) dan Nourishing Body lotion (50mL)

 

3. Berapa jenis ekstrak tumbuhan yang digunakan di dalam produk Baby Keme?

Terdapat 5 jenis ekstrak tumbuhan semulajadi yang digunakan iaitu ekstrak Ros, Sirih, Aloe Vera dan Lemon. Produk Baby Keme juga menggunakan Minyak Pati Lavender dan Minyak Pati Roman Chamomile.

 

4. Apakah kandungan bagi setiap produk Baby Keme?

Bahan-bahan di dalam Baby Keme TOP-to-TOE Relaxing Baby Wash: Castile Soap (100% pure olive),Roman Chamomile Essential Oil,Lavender Essential Oil,Rose Extract,Aloevera Extract,Rose Floral Water,Pro-Vitamin B5,Vitamin B3,Vitamin E and Preservative

Bahan-bahan di dalam Baby Keme Calming Baby Massage Oil: Olive Oil,Sunflower Seed Oil, Organic Argan Oil, Roman Chamomile Essential Oil, Lavender Essential Oil, Lemon Extract dan Vitamin E

Bahan-bahan di dalam Baby Keme Nourishing Baby Lotion : Jojoba Wax, Water, Glycerin, Roman Chamomile Essential Oil,Lavender Essential Oil, Rose Extract,Aloevera Extract,Sirih Extract,Pro-Vitamin B5,Vitamin B3,Vitamin E,Humectant and Preservatives

 

5. Apakah perbezaan di antara set Baby Yeop dan set Baby Yong?

Kebiasaannya produk di pasaran dibezakan dengan warna dan bau yang berbeza untuk bayi lelaki dan bayi perempuan. Produk Baby Keme tidak mempunyai perbezaan isi kandungan di antara kedua-dua set ini kerana produk kami tidak mengandungi sebarang pewarna atau pewangi (fragrance). Namun kami membuat label dan 'packaging' berbeza untuk bayi lelaki dan perempuan bagi menarik perhatian pelanggan.

 

6. Adakah produk Baby Keme tidak mempunyai warna dan bau?

Produk Baby Keme mempunyai warna semulajadi mengikut bahan yang digunapakai. Tiada pewarna tiruan/tambahan diletakkan. Bau yang terhasil pula adalah bau yang nyaman, lembut dan menenangkan yang datang dari minyak pati (essential oils) yang digunakan.

 

7. Adakah produk Baby Keme di jual secara berasingan?

 Ya, kami juga menjual setiap produk secara berasingan. Ianya juga boleh dalam bentuk COMBO dan amat sesuai digunakan terutamanya oleh bayi.

 

8. Adakah produk Baby Keme mempunyai kelulusan KKM?

Setiap produk yang ingin mendapat kelulusan KKM haruslah dibuat di kilang yang berdaftar dan mempunyai status GMP. Buat masa ini, produk Baby Keme dihasilkan secara 'homemade'. Kami akan berusaha agar dapat menghasilkan produk kami di kilang bertaraf GMP supaya kami berjaya mendapatkan kelulusan KKM.

 

9. Adakah produk Baby Keme halal?

Produk Baby Keme dihasilkan menggunakan 100% bahan berasal dari tumbuh-tumbuhan dan diyakini halal, in sya Allah. Kami juga merancang untuk mendapatkan sijil halal dari JAKIM di masa hadapan.